icon-search
icon-search
  • usahawanmelayu.png
  • usahawanmelayu2.png

Usahawan Melayu Rentas Sempadan

RM 12.60
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Monograf ini diterbit untuk membincangkan konsep keusahawanan dalam kalangan usahawan desa di sempadan Malaysia-Thailand membangunkan personaliti usahawan yang beretika.


Kajian sebelum ini mendapati bahawa sifat yang tidak beretika dalam penyeludupan adalah aktiviti ekonomi peniaga Melayu di sempadan Malaysia-Thailand. Pekan Rantau Panjang, Pengkalan Kubor, Tak Bai dan Narathiwat adalah antara lokasi di dua buah negara yang terlibat dengan penyeludupan sama ada sebagai pengusaha, pemborong, dan juga peruncit. Permasalahan ini telah menjadi isu utama kepada Unit Penguatkuasaan dan Perundangan, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia dalam menguruskan kawalan dan tindakan di sempadan ini. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk meninjau pandangan peniaga Melayu di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor berkenaan kepentingan konsep keusahawanan untuk membentuk personaliti beretika dalam perniagaan mereka. Kajian ini dijalankan secara temu bual berstruktur untuk mengukur tahap pandangan mereka dalam aspek pemikiran, sikap dan budaya keusahawanan. Dapatan kajian ini mendapati bahawa tahap pandangan keusahawanan mereka hanya kepada tahap perhatian dan minat sahaja, dan mereka kurang berusaha untuk meningkatkan usaha ke tahap keinginan sebagai seorang usahawan yang beretika tinggi. Malah, kebanyakan peniaga Melayu di sempadan Malaysia-Thailand adalah golongan peniaga kecil yang masih berhadapan dengan masalah persaingan pasaran dan rantaian perniagaan yang tidak bersistem yang menyebabkan mereka masih terikat dengan aktiviti penyeludupan dalam perniagaan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukan bahawa masih ramai peniaga Melayu di sempadan yang kurang memahami konsep keusahawanan yang menekankan kepada etika, berperaturan dan berani menghadapi risiko sebagaimana yang telah dibincangkan oleh pemikir dan penyelidik keusahawanan sebelum ini.

Author: Muhammad Abi Sofian Abdul Halim,Hazman Samsudin, Khatijah Omar, Yahaya Ibrahim

Size (inch): 10 x 7 x 0.2

Pages: 62

Weight (book only): 170 g

ISBN: 9789672417880

Year: 2020

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping