icon-search
icon-search

Transformasi Minda Bebas Dadah Hidup Bahagia

RM 21.60
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Ini adalah sebuah buku mengenai rawatan pemulihan dadah. Dadah merupakan satu penyakit sosial sejagat di kala ini. Bermacam usaha dibuat untuk membanteras gejala penagihan dadah ini. Buku ini unik kerana ia mengandungi rawatan penagihan dadah gabungan teknik Neuro-Linguistic Programming (NLP) dan ketakwaan sebagai satu kaedah terapi spiritual Islam yang mampu menyentuh hati dan kalbu yang mendalam dalam rawatan penyalahgunaan dadah. Apabila kaedah NLP dan ketakwaan digunakan ia mencetuskan satu ledakan linguistik yang amat dahsyat yang membenam ke dalam hati dan minda. Penyucian hati pada tahap paling mendalam akan menimbulkan satu proses muhasabah diri. Kaedah buku ini adalah satu kaedah yang holistik. Ia menggulungkan tiga ‘kecerdasan’ atau ‘quotient’ iatu IQ (Intelligent Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient). Buku ini memandu penagih dadah untuk membuka langkah perubahan dengan mengenali diri sendiri – kenapa terlibat dengan dadah? Setelah itu, mereka terdorong untuk bertindak mengubah kelakuan berdasarkan kepada tiga teras perubahan iaitu kepercayaan boleh berubah, membuat keputusan untuk berubah dan perubahan adalah terhadap diri sendiri – anda berhak ke atas diri anda sendiri bukan orang lain. Seterusnya, buku ini mengajak penagih dadah untuk mengukuhkan kepercayaan – tiada lagi dadah. Apabila bebas daripada pengaruh dadah, mereka bakal mencipta kehidupan masa hadapan yang bercahaya – Bebas Dadah Kekal Bahagia.

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping