• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • tajwid.png
  • tajwid2.png
  • TAJWID QUR'ANI: Serta Aplikasi Teknologi & Spektrogram Al-Qur'an
  • Screen Shot 2022-05-18 at 10.16.28 AM.png
  • Screen Shot 2022-05-18 at 10.16.48 AM.png
  • Screen Shot 2022-05-18 at 10.17.05 AM.png
  • Screen Shot 2022-05-18 at 10.18.34 AM.png
  • Screen Shot 2022-05-18 at 10.18.04 AM.png
  • Screen Shot 2022-05-18 at 10.18.51 AM.png
  • Screen Shot 2022-05-18 at 10.19.45 AM.png
  • Screen Shot 2022-05-18 at 10.19.20 AM.png
  • Screen Shot 2022-05-18 at 10.20.29 AM.png

Tajwid Qur'ani Serta Aplikasi Teknologi dan Spektogram al-Quran

RM 63.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku Tajwid Qur’ani ini merupakan sebuah buku yang membincangkan perbahasan ilmu tajwid al-Quran secara teoretikal berdasarkan kepada rujukan yang asli. Kefahaman terhadap teori ilmu tajwid akan memberi kesan terhadap kelancaran bacaan al-Quran seseorang secara praktikal, di samping pembelajaran secara talaqqi musyafahah yang konsisten. Selain itu, buku tajwid ini diberi nafas baharu dengan tiga keunikan. Pertama, memudahkan kefahaman pengguna dengan video rakaman pembelajaran setiap bab melalui imbasan Kod QR yang disediakan. 

Kedua, memudahkan kefahaman dengan pengaplikasian dan integrasi teknologi Spektrogram dengan ilmu tajwid dan ia dilaksanakan secara saintifik hasil daripada penyelidikan di UMT. Ketiga, kesediaan latihan kendiri dalam meningkatkan ketepatan sebutan huruf-huruf al-Quran yang hampir serupa sama ada dari sudut makhraj mahu pun sifat, namun ia memerlukan pengesahan daripada guru al-Quran yang mahir. Ringkasnya, diharapkan buku ini memberi dimensi baharu kepada ilmu tajwid yang lebih bersifat saintifik dan dinamik sebagai nilai tambah kepada kaedah-kaedah yang sedia ada. 

Hakikatnya kajian-kajian yang mengintegrasikan teknologi dengan ilmu tajwid adalah bertujuan memudahkan kefahaman serta kelancaran bacaan al-Quran. Ia tidak mengubah teori-teori, hukum-hakam tajwid yang sedia ada, bahkan secara tidak langsung, ia memartabatkan lagi kerelevanan disiplin ilmu tajwid agar selari dengan kemodenan sains teknologi kini yang kian pesat berkembang. 


Saiz (inci): 7 x 10 x 0.2

Jumlah halaman: 158

Berat: 440g

ISBN: 9789672793113

Tahun: 2022

Kemasan: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping