icon-search
icon-search
  • tadbir urus lautan kesiapsiagaan2
  • tadbir urus lautan kesiapsiagaan

Tadbir Urus Lautan Di Malaysia Kesiapsiagaan Terhadap Ancaman Kerentanan Pantai

RM 24.30
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku ini mengutarakan persoalan kesiapsiagaan tadbir urus di Malaysia terhadap ancaman dan risiko kerentanan pantai dalam jangka panjang. Huraiannya ditinjau dalam kerangka bidang ilmu sains sosial menerusi lensa governan. Namun begitu, perincian data merupakan adunan pendekatan silang ilmu antara sains sosial dengan sains dan teknologi. Dalam membicarakan isu kerentanan pantai, buku ini secara langsung menyentuh fenomena perubahan iklim global. Malaysia tidak terkecuali daripada impak negatif tersebut. Kecelaruan kitaran alam semula jadi yang semakin ketara di Malaysia merupakan satu fenomena yang perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dan rakyat. Sebarang pandangan dan kecenderungan untuk menormalisasikan kitaran tidak normal tersebut adalah merbahaya terhadap usaha pembentukan dan pelaksanaan tadbir urus lautan negara secara lestari. Kesiapsiagaan tadbir urus merujuk kepada keupayaan pelbagai agensi untuk melaksanakan penyelarasan seperti penyampaian dan liputan maklumat, tindakan pencegahan dan pemulihan serta perlindungan keselamatan dan kesejahteraan selain daripada penyaluran bantuan. Kesiapsiagaan tadbir urus melibatkan kerjasama dan kesepaduan libat urus dua entiti utama iaitu pihak berkuasa dan penduduk. Ancaman kerentanan pantai merupakan realiti di Malaysia yang memerlukan hala tuju tadbir urus konkrit jangka panjang.


Author: Nazli Aziz, Wan Izatul Asma Wan Talaat, Effi Helmy Ariffin, Nur Azura Sanusi, Amri Md. Shah 

Pages: 86

Weight (book only): 265g

ISBN: 9789672793502

Year: 2022

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping