• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • senipersebahan.png
  • senipersebahan2.png
  • WhatsApp Image 2022-06-29 at 1.06.38 PM.jpeg
  • WhatsApp Image 2022-06-29 at 1.07.18 PM.jpeg

Seni Persembahan Melayu dalam Pelancongan Budaya

RM 24.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Kekayaan seni warisan Melayu di rantau Nusantara dan Malaysia khususnya telah menyumbang kepada kepelbagaian produk seni persembahan yang menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor pelancongan budaya. Sejarah Melayu telah membuktikan bahawa kepebagaian genre seni persembahan Melayu ini sama ada seni muzik, teater, tarian, silat, bangsawan dan wayang kulit telah menjadi daya tarikan kepada pelancong asing untuk melancong ke negara-negara di rantau Nusantara termasuk Malaysia. Pada hari ini, kerajaan Malaysia telah memberi perhatian penuh dalam membuat perancangan promosi produk pelancongan tempatan berasaskan seni warisan Melayu. Malah, beberapa badan pelancongan dunia yang aktif dalam industri pelancongan pada hari ini telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang berjaya menonjolkan produk seni persembahan Melayu dalam sektor hospitaliti pelancongan budaya yang sekali gus meramalkan bahawa Malaysia berpotensi untuk menjadi salah sebuah destinasi pelancongan yang terulung di rantau Asia Tenggara ini. Justeru, buku ini membincangkan peranan seni persembahan Melayu sebagai nilai tambah kepada produk pelancongan budaya melalui strategi dan pelaksanaan objektif dasar kerajaan. Akhir kata, buku ini dapat dijadikan sebagai panduan asas kepada kesemua pihak yang terlibat dalam industri kreatif dan pelancongan untuk menjayakan produk seni persembahan dalam sektor pelancongan budaya.

Pengarang: Muhammad Abi Sofian Abdul Halim

Saiz (inci): 7 x 10 x 0.2

Jumlah halaman: 90

Berat: 210g

ISBN: 9789672939740

Tahun: 2021

Kemasan: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping