• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • rekabentuk penyelidikan.png
  • rekabentuk penyelidikan2.png

Reka Bentuk Penyelidikan Komunikasi

RM 28.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Perkembangan dan penyebaran sesuatu ilmu baharu yang empirikal semestinya daripada penyelidikan yang dilakukan oleh para sarjana dalam bidang tertentu sama ada di dalam ataupun di luar negara. Dalam mengkaji isu-isu berkaitan media dan komunikasi, seseorang pengkaji mempunyai pelbagai kaedah penyelidikan yang boleh digunakan bergantung kepada isu yang hendak dikaji. Ada isu yang memerlukan pendekatan kuantitatif, ada yang dilihat dari perspektif kualitatif malahan ada juga yang memerlukan campuran kedua-dua pendekatan dalam menyelesaikan sesuatu isu berkaitan. Buku ini menghuraikan sembilan reka bentuk penyelidikan daripada perspektif kuantitatif kepada kualitatif yang boleh digunakan untuk sebarang penelitian dalam bidang media dan komunikasi. Sembilan reka bentuk penyelidikan itu merangkumi kaedah survey, eksperimen, analisis kandungan, temu bual mendalam, temu bual kumpulan fokus, kajian kes, sejarawi komunikasi, analisis wacana dan kaedah campuran. Perbincangan setiap kaedah penyelidikan mengambil kira contoh-contoh tempatan bagi memudahkan pemahaman pembaca dan mengaitkannya dengan senario semasa. Selain menyumbang kepada khazanah ilmu dalam konteks tempatan, buku ini amat bermakna kepada pelajar, pengkaji atau sesiapa sahaja yang ingin mendalami dan membuat penyelidikan tentang media dan komunikasi. Penggunaan kaedah yang betul dalam merungkai sesuatu permasalahan akan dapat menyumbang ke arah peningkatan ilmu dan kesarjanaan seseorang pengkaji.

Penyunting: Normah Mustaffa, Ali Salman & Badrul Redzuan Abu Hassan

Saiz (inci): 7 x 10 x 0.25

Jumlah halaman: 142

Berat: 310g

ISBN: 9789670962238

Tahun: 2018

Kemasan: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping