• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • jepun
  • jepun2

Perkembangan Pendidikan Bahasa Jepun di Malaysia

RM 122.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Pembelajaran bahasa Jepun telah bertapak di Malaysia bermula dari tahun 1966 dengan penawaran kursus bahasa Jepun yang pertama di Universiti Malaya sebagai kursus bahasa Jepun Elektif. Setelah enam dekad, perkembangan pendidikan bahasa Jepun di Malaysia semakin berkembang dengan peningkatan bilangan pelajar yang mempelajari bahasa Jepun seramai 39,247 orang dan 485 guru bahasa Jepun telah direkodkan sepertimana laporan The Japan Foundation Kuala Lumpur pada tahun 2018. Malah sehingga ke hari ini, hampir kesemua 19 universiti awam di Malaysia menawarkan kursus bahasa Jepun sama ada sebagai kursus elektif mahupun kursus wajib. Bukan itu sahaja, institusi pendidikan persendirian yang menawarkan kursus-kursus pembelajaran bahasa Jepun turut meningkat dan beberapa agensi dari kerajaan Jepun seperti Japan Foundation Kuala Lumpur (JFKL), Kedutaan Jepun di Malaysia, Konsulat Jepun di Pulau Pinang dibawa ke Malaysia dalam usaha menyokong perkembangan pendidikan bahasa Jepun di Malaysia. Di peringkat sekolah pula, bahasa Jepun diisytiharkan sebagai bahasa ketiga dalam kelompok pendidikan bahasa asing di Malaysia dan terdapat lebih daripada 50 buah sekolah menawarkan subjek bahasa Jepun. Berdasarkan susur galur perkembangan pendidikan bahasa Jepun di Malaysia sehingga ke hari ini, buku yang mengandungi 17 bab ini akan memberi gambaran yang jelas tentang pelbagai rencah yang melatari perkembangan ini. Tiga subtema iaitu sejarah, penyelidikan dan pembelajaran dan pengajaran bahasa Jepun dijadikan laras kepada gambaran perkembangan pendidikan bahasa Jepun di Malaysia. Perkongsian berlandaskan pengalaman yang dilalui, pengetahuan yang dikutip, pandangan serta idea para penulis yang luas, malah dapatan kajian yang ditemui boleh dijadikan rujukan untuk perancangan pembangunan pembelajaran bahasa Jepun di peringkat seterusnya. Buku ini tidak terhad sebagai rujukan berkenaan perkembangan pendidikan bahasa di Malaysia, malah dapat menimbulkan dan meningkatkan minat para pembaca yang baharu untuk mengenali dan mempelajari bahasa Jepun.


Editors: Roswati Abdul Rashid, Normalis Amzah, Zuraida Mustafa

Pages: 322

Weight (book only): 1010g

ISBN:9789672793670

Year: 2022

Finishing: Hardcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping