Pengurusan Kewangan Masjid: Tatakelola Dana Abadi merupakan sebuah buku yang terhasil daripada gerak kerja kajian dan penelitian sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang mengimpikan suatu sistem pengurusan kewangan dan tatakelola yang ikhlas, amanah dan bertanggungjawab terus terlaksana dalam memartabatkan masjid sebagai institusi penyebaran ilmu, pentadbiran, inovasi, teknologi dan perdagangan demi maslahat ummah. Sudah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menjaga, mengurus, dan mengupayakan keberkesan institusi ini untuk berperanan sebaiknya. Aspek pengurusan kewangan menjadi sebahagian sudut penting untuk diteliti dan diamalkan kaedah dan cara yang terbaik. Aplikasi teknologi terkini dapat menjadi alat bantu yang cukup ampuh untuk mendepani masa depan serta menjamin kelestarian pengurusan masjid. Semoga buku ini akan memberikan manfaat kepada pembaca, pentadbir, pengelola dan semua pihak yang berkepentingan dalam memperkasa tatakelola dana abadi dari masjid yang menjadi milik kita bersama ini.
Authors: Zalailah Salleh, Mohd Shaari Abd Rahman
Pages:
Weight (book only): 180gram
ISBN: 9786297882154
Year: 2026
Finishing: Softcover,perfect binding
We ship worldwide!
Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.