• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • konsepdanamalan.png
  • konsepdanamalan2.png

Pengenalan Asas Konsep dan Amalan Kaunseling dalam Talian (E-Kaunseling)

RM 30.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Kemunculan teknologi maklumat dan Internet telah membuka era baharu dalam profesion kaunseling. Dewasa ini penggunaan aplikasi teknologi terutama melibatkan telefon pintar akan menjadi sangat dekat dalam kehidupan manusia sehingga kita tidak lagi menganggapnya sebagai terasing dalam mendapatkan perkhidmatan menolong. Perkhidmatan menolong seperti sesi kaunseling dapat dilakukan melalui surat elektronik (e-mail) atau ruangan sembang (chatroom) bersama dengan pakar walaupun berjauhan sehingga beribu-ribu batu. Teknologi dan penggunaan Internet telah menjadikan perkhidmatan kaunseling bukan sahaja terhad kepada sesi secara bersemuka sahaja tetapi boleh dilaksanakan secara dalam talian dengan berbantukan komputer (computer-assisted counselling). Malahan, kaunseling secara dalam talian atau lebih terkenal dengan e-kaunseling telah tersedia dan digunakan secara meluas apabila lebih ramai orang selasa dengan aplikasi dalam talian. Pengamal-pengamal kaunseling tidak seharusnya meletakkan kemodenan sebagai halangan, tetapi melihat Internet dan teknologi sebagai satu kemudahan dalam memperkembangkan perkhidmatan kaunseling. Buku ini merupakan pengenalan asas kepada konsep dan amalan dalam perkhidmatan kaunseling dalam talian atau e-kaunseling. Kupasan buku ini sesuai kepada mereka yang berminat untuk mengetahui dan mendalami bagaimana e-kaunseling ini dapat dilaksanakan. Terdapat enam bab utama dalam buku ini iaitu pengenalan, perkembangan sejarah, persoalan-persoalan umum, perhubungan kemanusiaan berasaskan teks, tahap dan proses dan garis panduan isu perundangan dan etika e-kaunseling.

Author: Mohd Radhi Abu Shahim, Kamarul Md. Shah, Nurul Atiqah Ab Raji

Size (inch): 10 x 7 x 0.3

Pages: 138

Weight (book only): 300 g

ISBN: 9789672417767

Year: 2020

Finishing: softcover, perfect binding

Your cart is currently empty.
Continue shopping