Buku "Pemimpin dan Gaya Kepimpinan dalam Organisasi Awam" hadir sebagai rujukan komprehensif yang menggabungkan teori kepimpinan terkini dengan aplikasi praktikal dalam konteks organisasi awam Malaysia. Buku ini menawarkan kerangka holistik yang menyelami empat komponen teras Kepimpinan Transformasional: Pengaruh Ideal yang membina kredibiliti dan kepercayaan, Motivasi Inspirasi yang mencipta visi bersama yang menggerakkan organisasi, Rangsangan Intelektual yang membuka ruang kreativiti dan inovasi, serta Pertimbangan Individu yang memupuk perkembangan potensi setiap ahli organisasi.
Buku ini amat sesuai untuk pelbagai kumpulan pembaca termasuk pemimpin sedia ada yang ingin menyegarkan amalan kepimpinan mereka, bakal pemimpin yang sedang membina asas kukuh untuk kerjaya masa depan, penggubal dasar yang terlibat dalam merangka program pembangunan organisasi, serta ahli akademik dan pelajar yang mendalami bidang kepimpinan organisasi.
Keunikan buku ini terletak pada pengenalpastian Model Transformasi 4D yang dibangunkan khusus untuk organisasi awam Malaysia iaitu merangkumi Dream (Impian), Drive (Dorongan), Develop (Pembangunan), dan Deliver (Penyampaian). Model ini menyediakan panduan praktikal untuk penambahbaikkan organisasi yang berkesan, dilengkapi dengan alat pengukuran dan strategi pelaksanaan yang boleh disesuaikan dengan keperluan organisasi yang berbeza. Sebagai pelaburan profesional, buku ini diyakini mampu memberi impak jangka panjang terhadap perkembangan kerjaya dan kecemerlangan organisasi.
Authors: Rohana Ahmad, Hasnol Zam Zam Hj. Ahmad
Pages: 91
Weight (book only): 200 gram
ISBN: 9786297882222
Year: 2026
We ship worldwide!
Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.