icon-search
icon-search
  • panduan keselamatan kerja lapangan
  • panduan keselamatan kerja lapangan2

Panduan Keselamatan Kerja Lapangan Universiti Malaysia Terengganu

RM 21.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Panduan Keselamatan Kerja Lapangan UMT ini merupakan satu panduan komprehensif yang menyediakan prosedur, arahan dan cadangan yang sangat bermanfaat untuk memastikan semua aspek keselamatan dan kesihatan sentiasa dititiberatkan semasa menjalankan kerja lapangan. Panduan ini merangkumi semua langkah keselamatan yang diperlukan bermula daripada mengenal pasti potensi hazard (bahaya), menilai risiko dan perlaksanaan protokol atau langkah-langkah keselamatan yang terlibat.

Panduan ini menekankan kepentingan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat kerana kerja lapangan merupakan salah satu tugasan yang berisiko tinggi dan sukar dijangka. Ia diharapkan akan dapat menangani atau mengawal pelbagai situasi berbahaya atau hazard semasa menjalankan kerja lapangan. Selain itu, buku ini mengandungi prinsip-prinsip dan teknik-teknik keselamatan yang praktikal seperti penggunaan kelengkapan pelindung diri (PPE), pengendalian dan penyimpanan bahan kimia yang betul, penggunaan peralatan kecemasan, prosedur tindak balas kecemasan dan teknik pertolongan cemas.

Panduan ini ditulis kepada audiens yang pelbagai, merangkumi staf, pelajar dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam kerja lapangan. Dalam konteks kerja lapangan, mereka ini akan menjalankan tugas sebagai ketua projek, ketua ekspedisi, pengurus lapangan, juruteknik lapangan, pengurus keselamatan, perunding alam sekitar dan lain-lain. Sehubungan itu, ia berfungsi sebagai salah satu bahan rujukan yang berguna untuk organisasi, syarikat dan industri yang terlibat dalam projek-projek kerja lapangan.

Dengan mengikuti panduan ini, pihak yang terlibat akan sentiasa dapat mengekalkan dan meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan mereka dan orang lain, mengurangkan potensi risiko dan hazard, dan meminimumkan kejadian kemalangan atau kecederaan. Akhirnya, panduan ini membantu memastikan projek-projek kerja lapangan yang dijalankan dapat disiapkan dengan selamat dan cekap.

Author :Asrul Azani Mahmood, Mohd Kamri Mamat, Fathy Kameel Mohd Fadzil

Pages: 140

Weight (book only): 290g

ISBN: 9786297625317

Year: 2024

Finishing: Softcover, Perfect Binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping