• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • adler.png
  • adler2.png
  • IMG_20220717_153342
  • IMG_20220717_153405
  • IMG_20220717_153415
  • IMG_20220717_153330

Modul Psikopendidikan dan Kaunseling Kelompok Teori Adler Terhadap Pelajar Berisiko

RM 17.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Modul Psikopendidikan dan Kaunseling Kelompok Teori Adler Terhadap Pelajar Berisiko diterbitkan sebagai satu usaha bagi membantu meningkatkan nilai diri pelajar ke arah yang lebih baik yang menggabungkan modul psikopendidikan dan modul kaunseling kelompok. Teori Adler digunakan dalam buku ini sebagai asas dalam mendidik pelajar untuk merancang masa depan, mengukuhkan sikap tanggungjawab, sedia bekerjasama dan memberi komitmen serta memupuk minat bersosialisasi dengan baik. Modul psikopendidikan bertujuan memberi pengetahuan mengenai diri, orang lain dan persekitaran, serta memahami diri dan orang lain, seterusnya mengaplikasi kefahaman berkenaan dalam kehidupan seharian. Manakala, modul kaunseling kelompok membantu pelajar membina keyakinan diri melalui interaksi serta perkongsian pengalaman yang berlaku sepanjang sesi kelompok berkenaan. Suasana terapeutik dan hubungan positif yang terbentuk semasa proses kaunseling kelompok antara fasilitator dengan ahli juga dapat mengeratkan kerjasama ahli sebagai pelajar. Pengalaman melalui modul psikopendidikan dan kaunseling kelompok membolehkan pelajar melalui kehidupan positif semasa di alam persekolahan, mengembangkan potensi diri, seterusnya meneroka kejayaan dalam kehidupan yang bermakna pada setiap individu.  Modul psikopendidikan adalah bersifat umum dan mampu dilaksanakan oleh guru, pegawai pendidikan, pegawai sosial dan pegawai kebajikan masyarakat. Manakala aktiviti kaunseling kelompok boleh dilaksanakan oleh kaunselor.  Justeru, semua pihak serta kaunselor berupaya menyumbang kepada perkongsian maklumat, pendidikan dan perkembangan pelajar seterusnya membantu mereka untuk mempunyai kehidupan yang positif.

Pengarang: Siti Salina Abdullah, Ruhani Mat Min, Nor Hayati Sa'at, Zikri Muhammad, Jumadil Saputra & Jaharudin Padli

Saiz (inci): 7 x 10 x 0.2

Jumlah halaman: 86

Berat: 200g

ISBN: 9789672939733

Tahun: 2021

Kemasan: Softcover, perfect binding

Your cart is currently empty.
Continue shopping