• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • modul keusahawanan
  • modul keusahawanan2

Modul Keusahawanan Personaliti dan Kerjaya

RM 22.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Dunia keusahawanan kini amat penting bagi sesebuah negara. Bidang ini mampu menjadi penggerak kepada perkembangan ekonomi negara. Keusahawanan bukan sahaja mampu meningkatkan pendapatan negara, malah secara langsung dapat mengubah nasib diri dan keluarga daripada belenggu kemiskinan. Dunia hari ini menyaksikan semakin ramai manusia yang kehilangan pekerjaan. Ilmu keusahawanan dilihat sebagai salah satu penyelesaian bagi menjana semula pendapatan. 

Modul Keusahawanan, Personaliti dan Kerjaya merangkumi himpunan tiga modul yang terdiri daripada Modul Keusahawanan, Modul Kaunseling dan Modul Kerjaya. Pengisian yang terkandung dalam modul ini diharapkan dapat membimbing usahawan muda untuk menjadi usahawan yang berdaya saing dan inovatif. Modul ini turut memuatkan pelbagai cabang ilmu yang berkaitan dengan strategi pemasaran masa kini berteraskan ekonomi digital. Selain itu, modul ini juga berupaya membentuk usahawan dari aspek kreativiti, daya tahan dan persaingan untuk mengendalikan perniagaan dan dunia keusahawanan. 

Elemen personaliti diri dan motivasi diri turut dibincangkan dalam modul ini sebagai “pakej” terpenting dalam usaha melengkapkan diri sebagai seorang usahawan yang berjaya. Peranan seorang usahawan dalam membina jaringan industri dan kolaborasi sangat penting pada masa kini memandangkan pengaruhnya kepada segenap lapisan masyarakat seantero dunia untuk sama-sama menyokong produk dan mengembangkan industri demi kemanfaatan seluruh insan di muka bumi ini. Modul ini sesuai digunakan oleh para akademia dan para pelajar sama ada di IPT, di maktab-maktab perguruan atau sekolah menengah dan sebagainya untuk mendalami ilmu keusahawanan. Akhir kalam, semoga modul ini dapat memupuk dan mewujudkan budaya keusahawanan dalam kalangan peserta usahawan muda di samping menggalakkan usahawan muda untuk terus mencipta “nama” di persada dunia.


Authors: Norhaslinda Kulub Abd Rashid, Nor Ermawati Hussain, Zuhda Husain, Jasmi Abu Talib, Zaleha Mohamad, Azlina Abd Aziz

Pages: 120

Weight (book only): 245g

ISBN: 9786297625096

Year:2023

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping