Dalam landskap sosioekonomi kontemporari, wanita memainkan peranan yang semakin signifikan dalam pelbagai sektor profesional seperti bidang korporat, keusahawanan dan perkhidmatan awam. Namun, keterlibatan aktif wanita dalam kerjaya sering didatangi dengan pelbagai cabaran yang kompleks. Konflik kerja - keluarga telah menjadi realiti harian yang memberi kesan secara langsung kepada kesejahteraan emosi, fizikal dan psikososial mereka. Sehubungan itu, buku Mengimbangi Dua Dunia: Cabaran Wanita antara Kerjaya dan Keluarga ini telah dihasilkan bagi mengupas secara komprehensif isu utama yang melatari pengalaman wanita profesional dengan meneliti bagaimana pengaturan kerja fleksibel, amalan bekerja dari rumah dan minggu bekerja termampat serta sokongan sosial dapat dimanfaatkan sebagai strategi untuk mengurangkan tekanan dan mencapai keseimbangan hidup. Dapatan kajian empirikal dan sorotan pengalaman sebenar diketengahkan bagi memberikan gambaran menyeluruh tentang dinamika kerjaya dan keluarga dalam konteks masyarakat moden. Karya ini menjadi rujukan penting bagi wanita yang ingin mengurus peranan berganda mereka dengan lebih berkesan, serta berguna untuk majikan, penggubal dasar dan penyelidik yang berusaha membentuk persekitaran kerja yang lebih inklusif dan mesra keluarga. Selain itu, ia mengajak pembaca menilai semula norma kerja tradisional dan meneroka pendekatan inovatif ke arah keseimbangan yang lestari dan bermakna.
Authors: Raja Zirwatul Aida Raja Ibrahim et al.
Pages: 190
Weight (book only): 310gram
ISBN: 9786297882178
Year: 2026
Finishing: Softcover,perfect binding
We ship worldwide!
Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.