icon-search
icon-search
  • membingkas
  • membingkas2

Membingkas Prakarsa ke Arah Pemerkasaan Mahasiswa

RM 29.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Usaha untuk menjana graduan yang holistik dan warganegara yang baik amat bergantung kepada usaha, ikhtiar dan prakarsa Hal Ehwal Pelajar dan Alumni atau lebih dikenali sebagai HEPA. Meskipun mahasiswa kini diberikan lebih banyak kebebasan, kita percaya mahasiswa masih perlu diberikan bimbingan. Namun, ini bukan bermakna HEPA mahu menyusun atur apatah lagi menentukan setiap gerak-geri mahasiswa, sebaliknya memberi fokus kepada usaha-usaha makro dalam proses pembangunan dan pemerkasaan mereka. Ini termasuk soal menjayakan agenda keusahawanan sosial, kesukarelawanan dan kemasyarakatan.

Dalam usaha memperkasakan mahasiswa, kita perlu terlebih dahulu memperkasakan HEPA dengan usaha dan ikhtiar atau istilah yang mahu ditonjolkan, iaitu prakarsa. Prakarsa ini akan ditunjangi tiga prinsip utama, iaitu pertama; tatakelola yang baik, kedua; budaya kerja berprestasi tinggi dan ketiga; nilai bersama yang kesemua ini memandu warga HEPA ke arah memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Author: Mohd Izani Mohd Zain

Pages: 110

Weight (book only): 500g

ISBN:9786297625065

Year: 2023

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping