icon-search
icon-search
  • khazanah.png
  • khazanah2.png

Keunikan Khazanah Laut dalam Perubatan Tradisional

RM 25.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Kekayaan sumber khazanah laut di Semenanjung Malaysia telah menghasilkan pelbagai perubatan tradisional yang dapat merawat penyakit dalam kalangan masyarakat yang telah diwarisi sejak nenek-moyang sehingga kini. Keupayaan perubatan tradisional ini telah memberi kepercayaan kepada pengguna hari ini untuk dijadikan sebagai rawatan alternatif yang berkualiti dan tinggi khasiatnya. Sehubungan itu, penulisan monograf ini adalah huraian penyelidikan untuk mengenalpasti keunikan khazanah laut yang digunakan sebagai perubatan tradisional dari aspek sumber, kegunaan dan kepercayaan masyarakat. Hasil kajian ini mendapati bahawa hanya sumber seperti kuda laut, gamat, akar bahar dan belangkas yang banyak digunakan dalam perubatan tradisional dalam kalangan masyarakat Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sememangnya, pengetahuan tradisional yang berasaskan khazanah laut ini begitu penting untuk membangunkan produk perubatan tradisional bagi memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat hari ini. Akhir kata, monograf ini amat berpotensi untuk membantu pihak berkepentingan dan dijadikan sebagai sumber rujukan untuk membentuk inovasi produk perubatan tradisional, terutamanya yang berasaskan sumber marin sebagai perubatan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada perubatan moden yang sedia ada.

Authors: Hayatul Safrah Salled, Nik Hazimah Nik Mat, Wan Norhayati Mohamed, Yusnita Yusof, Muhamad Abi Sofian Abdul Halim.

Pages: 62

Weight (book only): g

ISBN: 9789672320333

Year: 2019

Finishing: Softcover

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping