FREE SHIPPING with minimum spend of RM150 (Within Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • kearifan
  • kearifan2

Kearifan Tempatan: Sumber Laut dalam Perubatan Tradisional

RM 31.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Malaysia, dengan segala kekayaan alamnya, menyimpan rahsia yang telah lama diwarisi iaitu sumber lautan yang melimpah dengan khasiat perubatan tradisional. Secara turun temurun, masyarakat pesisir pantai dari pelbagai budaya dan etnik telah memperoleh pengetahuan yang berharga tentang khasiat yang terkandung dalam sumber laut.

Buku ini membawa pembaca meneroka potensi sumber laut yang tersembunyi sebagai perubatan tradisional di Malaysia. Pembaca akan didedahkan dengan maklumat berkenaan jenis sumber laut yang berpotensi untuk merawat penyakit dan mengekalkan kesejahteraan diri. Melalui penelitian yang mendalam dan temu bual dengan masyarakat pesisir pantai, nelayan dan pengamal perubatan, buku ini memaparkan penggunaan perubatan tradisional berasaskan pengalaman dan pengetahuan mereka. Pengalaman langsung dari generasi ke generasi dan kearifan tempatan menjadi panduan utama dalam memahami kegunaan sumber laut dalam perubatan tradisional.

Kearifan tempatan bukan sekadar catatan sejarah, tetapi ia merupakan satu panduan praktikal untuk melangkah ke hadapan dalam industri perubatan dengan menggunakan penemuan-penemuan baharu yang diperoleh untuk mengekalkan warisan kesejahteraan. Maklumat yang diperoleh daripada penerokaan buku ini mampu menjadi kunci untuk lebih memahami warisan sumber lautan yang kaya dengan khasiat, memberikan peluang untuk merawat kesihatan dan mengekalkan kesejahteraan sejagat.


Authors: Hayatul Safrah Salleh, Nik Hazmah Nik Mat, Wan Norhayati Mohamed & Yusnita Yusof

Pages: 98

Weight (book only): 170gram

ISBN: 9786297625973

Year: 2025

Finishing: Softcover,perfect binding


We ship worldwide!  

Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.

Your cart is currently empty.
Continue shopping