• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • kaunseling minoriti
  • kaunseling minoriti2

Isu dan Keperluan Kaunseling Pelbagai Budaya Golongan Minoriti

RM 23.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Hubungan menolong dalam kaunseling pelbagai budaya dijalankan melibatkan antara dua atau lebih individu yang berbeza pandangan hidup dan persepsi dalam satu persekitaran sosial. Bagi memastikan seseorang kaunselor itu kekal kompeten, ilmu dan kemahiran kaunseling yang meliputi teori dan teknik kaunseling sahaja tidak mencukupi. Kaunselor perlu memiliki nilai tambah dalam perkhidmatan yang ditawarkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran baharu termasuklah penggunaan pelbagai terapi dalam persekitaran pelbagai kaum dan budaya. Keadaan kepelbagaian ini perlu dilihat juga dalam kalangan kumpulan minoriti seperti wanita, kanak-kanak, warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan sebagainya. Kaunselor perlu memahami keadaan pelbagai budaya dan bagaimana ia memberi kesan dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Buku ini ditulis berdasarkan tinjauan literatur dari dalam dan luar negara untuk memberi kefahaman tentang kecekapan kaunseling pelbagai budaya melalui kajian-kajian yang telah dijalankan. Selain itu, buku ini diperkuat dengan hasil temu bual bersama pakar kaunseling, pengamal kaunseling dan kumpulan minoriti tertentu di Malaysia. Buku ini diharapkan dapat menjelaskan sejauh mana isu dan keperluan dalam kalangan golongan minoriti berdasarkan kepelbagaian masyarakat di Malaysia diambil berat oleh pengamal kaunseling dan pelajar kaunseling dalam memastikan perkhidmatan kaunseling lebih menyeluruh dan berkesan.

Authors: Kamarul Md. Shah, Rozita Jayus, Mohd Radhi Abu Shahim.

Pages: 204

Weight (book only): 325g

ISBN: 9789672793908

Year: 2023

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping