FREE SHIPPING with minimum spend of RM150 (West Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • limbong
  • limbong2
  • CamScanner 09-11-2025 11.26_page-0001
  • CamScanner 09-11-2025 11.26_page-0002
  • CamScanner 09-11-2025 11.26_page-0003

Haji Abdul Rahman Limbong: Rekod Kolonial dan Epilog Perjuangan Watan

RM 45.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku ini membawa pembaca kepada dua perspektif perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu dari perspektif watan dan juga perspektif Barat. Jika dilihat dari perspektif watan, Haji Abdul Rahman ialah seorang pejuang Melayu tulen yang berjuang untuk mengembalikan hak dan kedudukan bangsa peribumi khususnya orang Melayu daripada penjarahan ekonomi dan sosial pihak kolonial British. Sebaliknya berdasarkan perspektif British, Haji Abdul Rahman ialah seorang fanatik, pemberontak, pengganas, anti-establishment, penentang, pengkhianat, penderhaka dan pengacau yang berstatus persona non grata. Untuk lebih jelas, buku ini juga mengetengahkan inti sari peristiwa berdasarkan sebuah rekod British (C.O. 717/61/2) yang memuatkan laporan penuh berkaitan peristiwa kebangkitan anti-British sehingga kemuncak perjuangan iaitu peristiwa tembakan di Padang Kachong, Kuala Telemong. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1928 merupakan pengakhiran kepada perjuangan Haji Abdul Rahman di bumi kelahirannya sendiri kerana tidak lama selepas peristiwa tersebut, beliau telah dibuang negeri ke Makkah dan meninggal dunia kira-kira setahun selepas itu. Buku ini perlu diketengahkan sebagai tatapan umum memandangkan peristiwa masa lalu wajar dijadikan pedoman untuk generasi kini.

Authors: Hamdan Aziz, Hafiz Zakariya, Zulkifli Abdullah

Pages: 260

Weight (book only): 400g

ISBN: 9786297625850

Year: 2025

Finishing: Softcover, perfect binding


We ship worldwide!  

Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.

Your cart is currently empty.
Continue shopping