Buku ini memperlihatkan keunikan dialek Melayu Terengganu kawasan pesisir pantai yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dari aspek fonologi dan kosa kata di dalam pertuturan mereka. Antaranya menyentuh kelainan sebutan bagi aspek bunyi vokal, konsonan, diftong, suku kata dan kosa kata yang melibatkan pengguguran, penggantian, pemendekan, penegasan sebutan, perkataan serta pengayaan kosa kata tempatan. Tegasnya, kekayaan variasi bahasa dialek tempatan sewajarnya didokumentasikan sebagai pengekalan dan pelestarian khazanah warisan tempatan untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang dan seterusnya dapat mengangkat martabat serta memperkasakan bahasa, budaya dan masyarakat Malaysia secara global.
Pengarang: Noraien Mansor,Noor Rohana Mansor, Normaliza Abd Rahim
Saiz (inci): 7 x 10 x 0.2
Jumlah halaman: 56
Berat: 140g
ISBN: 9789670524276
Tahun: 2013
Kemasan: Softcover, perfect binding