Memelihara ikan hiasan bukanlah perkara yang sukar dan mustahil untuk dijalankan sekiranya mengetahui cara untuk mengendalikannya dengan tepat. Oleh yang demikian, buku ini merupakan sebuah buku panduan yang seharusnya diperoleh dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang ingin memulakan pemeliharaan ikan hiasan dengan cara yang betul. Selain mendedahkan senarai beberapa spesies ikan yang biasanya diternak sebagai ikan hiasan di Malaysia, buku ini juga menyenaraikan langkah-langkah serta peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menyediakan sebuah akuarium dan senarai spesies-spesies tumbuhan akuatik yang boleh diternak di dalam akuarium. Buku berilustrasi dan berwarna ini merupakan sebuah buku yang sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat berbeza usia. Kini, hasrat untuk memulakan hobi menternak ikan hiasan mampu direalisasikan dengan jayanya berpandukan buku ini.
Author: Aizam Zainal Abidin, Siti Jalilah Mohamad
Size (inch): 10 x 7 x 0.4
Pages: 118
Weight (book only): 340 g
ISBN: 9789670524337
Year: 2013
Finishing: Softcover, Perfect Binding