icon-search
icon-search
  • image_picker_3DA8B567-DF6D-4DD9-81CB-AA2353DD1248-4952-000000E6F9398E38
  • image_picker_FE4EBF6C-EFD9-4644-B2BB-4CF9E5E2AA4D-4952-000000E72FB93EE8
  • image_picker_371B18BD-C418-4859-94DB-C6AC9F92BD26-4952-000000E75E776048
  • image_picker_903B216A-9699-465F-8464-92EFBBCD148F-4952-000000E7A2E012A3
  • image_picker_43D6D977-2AA6-4529-B44A-4CBD5014F0C0-4952-000000E7BA802D38
  • image_picker_819F7685-8CDF-4427-BAB8-6E2443FB253A-4952-000000E7CCC74B5F

Akuaponik Mampu Mlik (A2M)

RM 46.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku ini memperkenalkan konsep akuaponik secara praktikal dan mampu milik kepada mereka yang ingin menanam sayur-sayuran serta menternak ikan di rumah tanpa memerlukan ruang yang luas atau kos yang tinggi. Dengan pendekatan berperingkat dan mudah difahami, pembaca dibimbing untuk membina sistem akuaponik yang ringkas dan berkesan, bermula daripada penyediaan tangki ikan dan bekas tanaman sehingga kepada pemilihan tanaman serta pengurusan ternakan ikan.

Paling menarik, buku ini ditulis bagi menekankan kelebihan Akuaponik Mampu Milik (A2M) dalam menyediakan bekalan makanan segar secara berterusan, menjimatkan perbelanjaan isi rumah serta mengurangkan pembaziran melalui kitar semula nutrien daripada sisa ikan. Turut disertakan panduan pengurusan air dan nutrien, di samping kaedah menternak ikan dan menanam sayuran berdaun seperti kangkung, pegaga serta pudina bagi memastikan pertumbuhan yang sihat, berkualiti dan produktif.

Sesuai untuk pemula, keluarga yang mengamalkan gaya hidup sihat serta individu yang berminat memanfaatkan ruang terhad sebagai sumber makanan lestari, buku ini membuktikan bahawa dengan A2M, menuai sendiri sayuran dan ikan segar di rumah bukan lagi sekadar impian, tetapi merupakan satu realiti yang praktikal dan menyeronokkan.


Authors ; Mohd Effendy Abd Wahid, Siti Aisyah Mohammad Taupik and Norhafiza Ramly

Pages: 114 

Weight (book only): 270 gram

ISBN: 9786297882314

Year: 2026

Finishing: Softcover,Perfect Binding


We ship worldwide!  

Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.

Your cart is currently empty.
Continue shopping