icon-search
icon-search
  • pensyarah.png
  • pensyarah2.png

Aku Seorang Pensyarah: Kembara dan Tips Mengenal Alam Akademia

RM 34.20
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku Aku Seorang Pensyarah: Kembara dan Tips Mengenal Alam Akademia ini merupakan perkongsian pengalaman peribadi penulis. Pelbagai cabaran dan dugaan hidup yang telah dihadapi dalam kembara menuntut ilmu sehingga bergelar seorang pensyarah telah banyak membentuk diri penulis menjadi seorang pensyarah. Hasil kembara tersebut juga telah membantu penulis mengecapi lebih daripada 50 jenis anugerah dalam dan luar negara. Sumbangan penulis dalam pencarian dan pengkongsian ilmu-ilmu baharu melalui penyelidikan telah dikongsi dengan pelbagai pihak dan tidak terhad kepada mahasiswa mahupun golongan ahli akademik sahaja. Bahkan, beliau telah memberi banyak sumbangan yang signifikan dalam pembangunan masyarakat dan negara terutamanya dalam pembangunan industri perlebahan negara atas nama seorang pensyarah. 

Menyedari bahawa tidak ramai yang memahami peranan dan tugas seorang pensyarah, maka penulis mengambil inisiatif menulis buku ini. Beliau berharap kembara yang dikongsi dalam melaksanakan sesuatu tugas seorang pensyarah dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk turut berbakti menerusi bidang kerjaya masing-masing. Tips yang dikongsi juga diharap dapat memberi idea atau suntikan semangat kepada pelajar-pelajar sekolah yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah, pensyarah-pensyarah muda atau yang baru menceburi kerjaya sebagai seorang pensyarah. Harapan penulis, semoga pengkongsian ini bakal menjadi amal jariah untuk membawa lebih banyak kebaikan tugas seorang pensyarah kepada masyarakat dan negara.

Pengarang: Wan Iryani Wan Ismail

Saiz (inci): 7.2 x 5.2 x 1

Jumlah halaman: 274

Berat: 300g

ISBN: 9789672939580

Tahun: 2022

Kemasan: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping