• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • ibadalrahman.png
  • ibadalrahman2.png

'Ibad al-Rahman: Karakter yang Dicintai Allah

RM 30.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Al-Quran al-Karim merupakan kitab suci kalamullah yang terkandung petunjuk dan hidayah kepada umat manusia. Kitab suci yang berperanan sebagai panduan perlembagaan hidup yang diturunkan Allah ini merupakan mukjizat paling agung kepada Nabi Muhammad SAW dan sesuai untuk digunakan pada setiap masa, tempat dan zaman. Antara gugusan ayat yang menarik untuk diteliti dari kitab suci al-Quran ialah gugusan ayat 63 - 74 daripada surah al-Furqan. Gugusan ayat ini mengandungi 10 karakter yang dikenali sebagai karakter ‘Ibad al-Rahman. ‘Ibad al-Rahman bermaksud hamba-hamba yang dicintai Allah ini merupakan panduan Allah yang diterangkan secara jelas kepada umat manusia dalam proses membentuk peribadi unggul dan seterusnya menjadi hamba yang dikasihi Allah. 

Garapan yang diketengahkan dalam buku ini adalah sangat mudah untuk dibaca kerana menerangkan secara santai namun terperinci dengan ciri-ciri unggul pada setiap karakter ‘Ibad al-Rahman. Selain itu juga, pada setiap karakter juga dinyatakan ciri-ciri berlawanan agar pembaca dapat menjauhi karakter yang tidak disukai Allah. Buku ini bukan sahaja sesuai sebagai bacaan umum, bahkan juga boleh dijadikan bahan rujukan dalam mengendalikan khidmat nasihat sesama kita. Sesungguhnya penulisan buku ini adalah salah satu usaha untuk kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya dengan berpandukan petunjuk yang telah ditulis dalam kitab suci al-Quran al-Karim.

Pengarang: Riswadi Azmi, Nor Hazmin Sabri, Aisyah Dollah@Abdullah & Mohd Hasrul Shuhari

Saiz (inci): 7 x 10 x 0.25

Jumlah halaman: 100

Berat: 300g

ISBN: 9789672939900

Tahun: 2021

Kemasan: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping