• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • sistemalatbantuan.png
  • sistemalatbantuan2.png

Sistem Alat Bantuan Pelayaran di Malaysia

RM 47.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku Sistem Alat Bantuan Pelayaran di Malaysia adalah buku yang pertama seumpamanya di Malaysia yang mengkhusus kepada pengenalan jenis-jenis Alat Bantuan Pelayaran yang terdapat di Malaysia. Buku ini ditulis oleh individu yang bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan, penyelenggaraan dan pewujudan alat bantuan pelayaran di Malaysia. Buku ini memberi penjelasan secara teknikal terhadap setiap kategori, kaedah operasi, cara penggunaan, susun atur sistem setiap alat bantuan pelayaran bagi tujuan navigasi marin dan memastikan keselamatan pelayaran yang tinggi di perairan Malaysia. 

Jenis-jenis alat bantuan pelayaran yang dimasukkan dalam kandungan buku ini adalah alat bantuan pelayaran jenis visual, alat bantuan pelayaran jenis audio, dan alat bantuan pelayaran jenis radio. Buku ini dapat dijadikan panduan kepada pegawai-pegawai yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan dan penyelenggaraan alat bantuan pelayaran sama ada daripada pihak berkuasa maritim atau industri. Pengetahuan teknikal yang dinyatakan dalam buku ini tidak terlalu mendalam namun mencukupi untuk memahami kaedah sesuatu alat bantuan pelayaran itu berfungsi dan komponen-komponen utamanya bagi tujuan pengenalpastian dan penyelenggaraan. 

Buku ini juga memasukkan kes kajian bagi menunjukkan isu-isu berkaitan dengan alat bantuan pelayaran. Input penyelidikan berkaitan alat bantuan pelayaran juga dimasukkan bagi menunjukkan kajian yang boleh menambah baik fungsi dan operasi alat bantuan pelayaran di Malaysia dan dunia.

Pengarang: Ahmad Faizal Ahmad Fuad

Saiz (inci): 7 x 10 x 0.2

Jumlah halaman: 99

Berat: 300g

ISBN: 9789672939863

Tahun: 2021

Kemasan: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping