Nadi Kelulut merupakan himpunan koleksi gambar, ilmu, dan pengalaman para pengarang yang telah dikumpulkan sejak tahun 2010, dengan fokus utama kepada hasil pemerhatian dan pengalaman luas Haji Mohd Najib Rais bermula dari tahun 2014 hingga kini. Setiap kandungan dalam buku ini adalah berdasarkan pemerhatian langsung beliau dalam dunia penternakan kelulut, menjadikannya unik dan bernilai tinggi.
Buku ini juga mendapat sentuhan istimewa daripada penyelidik-penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), iaitu Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi dan Prof. Dr. Wan Iryani Wan Ismail. Dengan gabungan kepakaran saintifik dan pengalaman praktikal para pengarang, maklumat dalam buku ini diperkaya dengan penambahan data saintifik terkini serta hasil penyelidikan yang relevan.
Menyedari kepentingan penternakan kelulut yang berlandaskan ilmu yang betul, Nadi Kelulut hadir dalam bentuk soalan "Tahukah Anda?” untuk menjadikan pembacaan lebih santai, dan menarik tetapi padat dengan informasi. Diharapkan buku ini menjadi sumber inspirasi dan rujukan utama dalam memacu penternakan kelulut Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Authors: Wahizatul Afzan Azmi, Mohd Najib Rais Mohd Noordin, Wan Iryani Wan Ismail
Pages: 92
Weight (book only): 220g
ISBN: 9786297625898
Year: 2025
Finishing: Softcover, perfect binding
We ship worldwide!
Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.