• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • keusahawanan.png
  • keusahawanan2.png

Keusahawanan Digital Penjana Ekonomi Komuniti

RM 29.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Keusahawanan digital menghimpunkan kajian penyelidikan ilmiah dari aspek pembangunan dan sosioekonomi bagi rujukan golongan usahawan. Setiu dilihat sebagai sebuah daerah yang cukup menarik untuk diterokai bagi komuniti usahawannya kerana kurangnya pendedahan mahupun kemahiran dalam menguruskan perniagaan secara digital. Setiu terletak di lokasi yang berhampiran pantai yang menjana pendapatan berasaskan faktor geografinya yang sesuai untuk perniagaan berfokuskan makanan dan aktiviti pelancongan.

Oleh itu, pemerkasaan teknologi digital kepada usahawan Setiu amatlah penting dalam membantu penduduk setempat untuk menguruskan perniagaan seiring dengan kepesatan penggunaan teknologi digital pada hari ini. Pemerkasaan penggunaan teknologi digital bagi usahawan adalah satu inisiatif untuk memperbaiki taraf hidup komuniti Setiu yang sering dikaitkan dengan belenggu kemiskinan. Usaha dan peranan kerajaan dalam membantu golongan usahawan juga dilihat sebagai satu usaha positif dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing dan berkemahiran untuk berdikari dalam membina perniagaan mereka.

Buku ini merungkai tahap penggunaan teknologi digital bagi komuniti Setiu dalam meningkatkan taraf hidup mereka. Turut dilampirkan usaha para penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam memastikan kemahiran teknologi digital dalam keusahawan dapat diberikan kepada komuniti usahawan Setiu. Bertepatan dengan hasrat kerajaan dan negara Malaysia untuk membanteras isu kemiskinan dalam kalangan rakyat, penerbitan buku ini dilihat sebagai menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup komuniti Setiu di samping memberi pendedahan teknologi digital dalam perniagaan yang sesuai untuk digunakan komuniti usahawan seiring dengan peredaran zaman.

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping