icon-search
icon-search
  • magiskeris.png
  • magiskeris2.png

Magis Keris (Warisan Sejarah Melayu)

RM 30.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Keris merupakan sejenis senjata kebangsaan Melayu turun temurun yang menjadi lambang kemegahan bangsa dan negara. Magis keris menandakan wujudnya pertalian manusia dengan keris yang mempunyai kuasa supernatural dan mempunyai hubungan dengan keris yang mempunyai kuasa ghaib. Dalam upacara ritual tertentu, Keris dianggap mempunyai kesaktian; merupakan semangat baharu yang menjadikan semangat kuat, berani, kental apabila berhadapan dengan musuh. Magis keris bukanlah keris yang kosong atau keris perhiasan tetapi keris yang berisi kekuatan ghaib.

Keris berisi kekuatan ghaib merupakan warisan dalam perbendaharaan Melayu. Magis keris yang bersifat sakti adalah senjata korpus dalam tradisional Melayu. Magis keris mempunyai hubungan dengan pesaka keturunan persilatan atau pendekar yang mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi. Magis keris juga merupakan keris pusaka keturunan warisan nenek moyang dahulu kala yang masih lagi dipertahankan sehingga kini. Magis keris dalam khazanah warisan senjata tradisional Melayu merupakan keris berisi kekuatan ghaib dalam ritual tertentu. Justeru itu, magis keris dalam khazanah senjata tradisional Melayu seperti Keris Picit, Keris Jawa Demam, Keris Anak Alang, Keris Wafak dan keris bercorak cerita iaitu Keris Hanuman Kera Putih merupakan keris berisi dan mempunyai kesaktian dalam upacara yang diadakan dalam ritual tertentu. Magis keris dalam adat istiadat ritual turut mempunyai keserasian hubungan akrab dengan seni persembahan tradisional Melayu seperti silat Melayu, Wayang Kulit, Main Puteri dan juga Makyung.

Author: Azlina Musa, Mohd Nasir Hashim

Size (inch): 7 x 10 x 0.3

Pages: 140

Weight (book only): 300 g

ISBN: 9789672939788

Year: 2021

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping