Buku Sekolah Rimba Semoq Beri ini dizahirkan untuk tatapan dan bacaan umum dengan hasrat untuk berkongsi maklumat dan kefahaman tentang objektif, usaha pelaksanaan, cabaran serta harapan dalam perjalanan projek Sekolah Rimba. Inisiatif ini menyokong usaha pelbagai pihak dalam menangani isu kehadiran ke sekolah dan pencapaian akademik yang rendah dalam kalangan anak-anak pelajar Orang Asli Semoq Beri, khususnya di Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu. Inisiatif Sekolah Rimba dilihat sebagai langkah positif untuk membuka ruang dan peluang pendidikan kepada komuniti terpencil ini. Usaha melaksanakan aktiviti pendidikan bersama anak-anak pelajar komuniti Orang Asli melalui Sekolah Rimba telah membuka lembaran yang sedikit berbeza daripada kebiasaan, dalam usaha meningkatkan peratus kehadiran mereka ke sekolah dan dalam masa yang sama meningkatkan tahap pendidikan anak-anak pelajar ini. Slot-slot pembelajaran yang digarap secara santai sedikit sebanyak telah berjaya menarik minat anak-anak pelajar Orang Asli Kampung Sungai Berua untuk belajar. Usaha ini juga telah membantu mereka menyesuaikan diri dalam proses sosialisasi serta meningkatkan prestasi akademik.
Pengarang: Khatijah Omar, Norhayati Ab Manaf dan Siti Nor Adawiyah Azzahra Kamaruddin
Muka Surat:
Weight (book only):
ISBN: 9786297625928
Tahun: 2025
Finishing: Softcover,perfect binding
We ship worldwide!
Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.