Dalam dunia pekerjaan yang semakin kompleks dan mencabar, kesihatan mental dan emosi pekerja telah menjadi tunjang utama kepada keberkesanan dan produktiviti dalam organisasi. Konsep dan Amalan Kaunseling Organisasi membawa pembaca menelusuri asas-asas teori, pendekatan praktikal, serta aplikasi kaunseling dalam konteks organisasi moden. Buku ini menghuraikan cara kaunseling dapat menjadi medium intervensi yang berkesan dalam usaha menangani tekanan kerja, konflik, isu motivasi, halangan komunikasi serta perkembangan kerjaya dalam huraian 12 bab, iaitu bermula dengan pengenalan kaunseling organisasi, konsep kerja dalam Islam, teori-teori organisasi, model-model kaunseling organisasi, pengoperasian kaunseling organisasi, program membantu pekerja (PMP), komunikasi, motivasi, intervensi krisis, isu-isu etika kaunseling organisasi dan diakhiri dengan kajian-kajian kes kaunseling organisasi.
Penulisan ini turut berasaskan pembacaan dan pengalaman penulis sebagai kaunselor organisasi. Fokus buku ini adalah secara khusus kepada kaunselor dan pengurus dalam organisasi serta masyarakat umum yang berminat untuk meningkatkan produktiviti dan kepuasan bekerja dalam organisasi. Diharapkan hasil penulisan ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar, kaunselor, pengurus sumber manusia dan semua pihak yang berkepentingan dalam usaha membudayakan kaunseling organisasi sebagai satu elemen penting pembangunan modal insan negara.
Authors: Mohd Radhi Abu Shahim, Hazaila Hassan, Noorfaradila Ab Kadir
Pages : 247
Weight (book only) : 400gram
ISBN : 9786297882321
Year : 2026
Finishing : Softcover, Perfect Binding
We ship worldwide!
Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.