icon-search
icon-search
  • kursus bahasa
  • kursus bahasa2

Isu dan Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Bahasa dan Komunikasi Era Pandemik COVID-19

RM 17.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus bahasa dan komunikasi telah mengalami perubahan yang begitu drastik sebaik sahaja pandemik COVID-19 diisytiharkan. Bermula Mac 2020, semua kursus tersebut telah dikendalikan sepenuhnya secara dalam talian berikutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia. Sekalipun perubahan tersebut menimbulkan suasana panik kepada tenaga akademik dan pelajar, sesi pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan dengan jaya hasil kerjasama semua pihak  khususnya pengurusan universiti yang sentiasa memantau perkembangan berkaitan dan memastikan setiap masalah yang wujud dapat ditangani dengan baik. Justeru itu, pendokumentasian hasil kajian dan pengalaman berhadapan dengan situasi tidak terduga tersebut amat penting, bukan sahaja sebagai catatan peribadi penulis bahkan mampu dijadikan rujukan pada masa hadapan. Buku ini merupakan kompilasi artikel yang ditulis oleh pensyarah bahasa dan komunikasi berdasarkan pengalaman sebenar dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pandemik tersebut. Walaupun pandemik COVID-19 sudah berakhir, buku ini masih relevan dan signifikan digunakan kerana kaedah pengajaran adalah selari dengan perkembangan teknologi semasa. Semoga perkongsian pengalaman tersebut akan meningkatkan lagi keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus bahasa dan komunikasi pada masa hadapan.

Authors: Che Hasniza Che Noh, Noor Rohana Mansor

Pages: 70

Weight (book only): g

ISBN: 9789672793847

Year: 2023

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping