• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • manuskrip.png
  • manuskrip2.png

Manuskrip Al-Quran Emas Warisan Kesultanan Terengganu

RM 34.40
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Kitab suci al-Quran al-karim mula ditulis ketika wahyu diturunkan kepada rasul junjungan Nabi Muhammad SAW. Usaha mulia ini diteruskan oleh Khalifah al-Rashidin, Sultan dan pemerintah empayar islam seperti Fatimid, Mamluk, Safavid dan Uthmaniyyah. Kesultanan Terengganu adalah antara 11 kesultanan islam di Asia Tenggara yang pernah menjalankan usaha ini seawal abad ke-18 Masihi. Manuskrip al-Quran Terengganu mempunyai keunikan yang luar biasa. Keunikannya terserlah pada perada emas yang menghiasi manuskrip ini, sehingga sinar emasnya gemerlap berkilau-kilauan. Manakal corak ragam hiasnya yang sangat cantik, adalah ilham daripada alam yang melingkari persekitaran kehidupan masa lalu. Kaedah penulisan manuskrip al-Quran Terengganu disusun mengikut piawai Rasm Uthmani dan ketelitian khatnya tekal pada setiap huruf. Jilid merahnya pula sangat terkenal dengan kekemasan sehingga mampu memelihara kandungannya walaupun berusia berabad-abad lamanya. Sembilan buah manuskrip al-Quran Terengganu dipaparkan untuk diteliti keunikannya yang diiktiraf antara paling cantik di Asia Tenggara. Warisan ini adalah hasil kearifan tempatan sarjana silam dan usaha kesultanan Terengganu dalam mengangkat kitab suci ini pada tempat yang paling mulia
Your cart is currently empty.
Continue shopping