icon-search
icon-search
  • kelulutologi.png
  • kelulutologi2.png
  • WhatsApp Image 2023-11-16 at 9.49.39 AM
  • IMG_1646210010799.png
  • IMG_1646210010817.png
  • IMG_1646210010832.png

Kelulutologi: Merungkai Misteri Kelulut, Alam dan Kehidupan Manusia

RM 47.70
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku KELULUTOLOGI mengupas tentang misteri kejadian dan kehidupan kelulut serta hubung kait rapat kelulut dengan alam sekitar dan manusia. Terdapat lapan bab dalam buku ini.

Bab pertama membawa pembaca mengenali latar belakang industri kelulut di Malaysia serta perkembangan industri tersebut sehingga ia mula diminati oleh masyarakat umum. Beberapa cabaran semasa serta arah tuju industri kelulut negara turut dibincangkan.

Bab dua memperincikan beberapa sifat, ciri-ciri serta keunikan kelulut Indo-Malaya. Perbezaan kelulut dengan lebah madu juga dijelaskan.

Bab tiga penulis menceritakan tentang kepelbagaian spesies kelulut Indo-Malaya yang terdapat di Nusantara termasuk dari negara Brazil. Beberapa spesies kelulut yang menarik dan jarang ditemui dipaparkan untuk tatapan pembaca.

Bab empat pembaca disajikan pula dengan pelbagai maklumat berkaitan dengan madu kelulut. Bab ini menceritakan dengan jelas bagaimana madu dihasilkan oleh kelulut serta pelbagai khasiat madu kelulut terhadap kesihatan manusia.

Bab lima menghimpunkan penulisan artikel berkaitan cara-cara pengurusan kelulut yang lestari dan ideal. Beberapa tip serta panduan penjagaan koloni yang baik serta teknik-teknik biak baka koloni kelulut dibincangkan.

Bab enam membincangkan hubungan kelulut dengan manusia serta bagaimana sifat baik kelulut boleh mempengaruhi tingkah laku manusia.

Bab tujuh memperincikan peranan kelulut terutamanya sebagai agen pendebungaan dan peranan kelulut terhadap kelestarian alam sekitar.

Bab lapan membawa pembaca mengikuti pengembaraan penulis dalam siri ekspedisi kelulut yang dilakukan di Malaysia, negara-negara Nusantara dan Brazil.

Buku KELULUTOLOGI ini juga memaparkan koleksi foto makro terpilih, eksklusif dan berwarna-warni yang diambil dan disusun sendiri oleh penulis agar pembaca dapat menghayati nukilan buku ini dengan baik dan sepenuh hati.

Buku ini telah memenangi Anugerah Akademik Negara Ke-15 dalam kategori Anugerah Penerbitan Buku

Buku ini telah memenangi Anugerah Buku Negara 2022 dalam kategori Buku Umum Terbaik (Alam Semulajadi dan Penyelidikan)

Pengarang: Shamsul Bahri Abd Razak

Saiz (inci): 8.5 x 8.5 x 0.75

Jumlah halaman: 205

Berat: 810g

ISBN: 9789672939412

Tahun: 2021 (Cetakan Kedua 2022)

Kemasan: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping