icon-search
icon-search
  • pemasaran kelulut
  • pemasaran kelulut2

Pengurusan Ternakan dan Pemasaran Kelulut: Panduan untuk Pengusaha Kecil dan Sederhana

RM 32.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Memandangkan permintaan pasaran produk madu kelulut semakin meningkat, pihak kerajaan, melalui beberapa agensi telah menggalakkan pengusaha luar bandar terutamanya untuk terlibat sepenuh masa dalam sektor penternakan ini. Pelbagai bantuan telah disediakan oleh pemegang taruh untuk memberi kemudahan kepada pengusaha ternakan kelulut bagi mempertingkat lagi operasi ternakan mereka. Kemudahan yang disediakan itu tidak hanya tertumpu kepada operasi penternakan sahaja, malah meliputi kepada produktiviti serta kualiti yang dapat meyakinkan pengguna tempatan dan luar negara. 

Pengurusan Ternakan dan Pemasaran Kelulut ialah sebuah naskhah yang diterbitkan untuk memberi pengetahuan berkenaan ternakan kelulut serta panduan bagi memasarkan produk hasil daripada perusahaan tersebut. Keseluruhannya, penulisan buku ini meliputi tiga bahagian utama iaitu kupasan berkenan persediaan awal praoperasi seseorang penternak melalui pengenalan sifat dan biologi kelulut. Seterusnya, pembaca diberi kefahaman tentang proses operasi produk kelulut sehingga perbotolan. Sementara itu, pada peringkat pascaoperasi, pembaca akan memahami beberapa kaedah pemasaran yang dapat dilaksanakan dalam strategi pemasaran mereka. Buku ini dihasilkan dengan harapan menjadi rujukan dan panduan kepada bakal-bakal penternak kelulut, pengusaha mikro serta PKS bagi memastikan usaha mereka dalam perusahaan kelulut berjalan dengan baik dan memberi pulangan yang baik.

Authors: Shamsul Bahri Abd Razak, Muhammad Abi Sofian Abdul Halim

Pages: 102

Weight (book only): 205g

ISBN:9789672793861

Year: 2023

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping