icon-search
icon-search
  • main puteri
  • main puteri.2png

Main Puteri Monodrama

RM 28.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Main Puteri merupakan seni persembahan tradisional yang mempunyai keunikan dalam persembahan. Terdapatnya kombinasi seni lakonan, tarian, nyanyian, pergerakan dengan iringan lagu dan bunyian alat muzik tradisional yang dimainkan oleh barisan pemain secara langsung di hadapan khalayak ramai. Main Puteri merupakan persembahan tradisional yang bergerak secara monodrama dan hanya dilakonkan oleh seorang pelakon tunggal. Selain itu pelakon tunggal ini berkeupayaan menguasai skrip monodrama pentas tanpa perlu menjalani latihan menghafal skrip dan latihan lakonan tetapi mempunyai daya kekuatan fizikal dan batiniah yang cukup kuat mengingat cerita pendek atau cerita panjang dalam persembahan Main Puteri. Ternyata bakat dan kebolehan semula jadi pelakon tunggal dalam penguasaan karakter yang dibawa mengikut peralihan olahan suara daripada himpunan cerita-cerita menarik dan keupayaan diri dalam pembawaan pelbagai watak yang cukup versatile dengan gaya pergerakan cekap di atas sebuah pentas lakonan. Secara keseluruhannya Main Puteri merupakan satu kesatuan seni persembahan cerita yang dipentaskan sambil menghiburkan masyarakat. Keberkesanan pelakon tunggal dalam Main Puteri dapat dijadikan asas panduan pengetahuan terhadap aspek teori dan pratikal dalam monodrama.


Authors: Azlina Musa, Mohd Nasir Hashim.

Pages: 142

Weight (book only): 285g

ISBN:9789672793748

Year: 2023

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping