• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • liabiliti.png
  • liabiliti2.png

Liabiliti Pengeluar Produk Perubatan di Bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999

RM 32.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Kecederaan atau kematian disebabkan kecacatan produk perubatan merupakan satu perkara yang serius kerana ia memberi kesan yang signifikan sama ada secara fizikal atau mental pesakit sebagai pengguna. Di samping pesakit terpaksa menanggung beban kesakitan, mereka turut terpaksa memikul beban kewangan yang tinggi akibat sikap pengeluar yang mengaut keuntungan dengan mengeluarkan produk perubatan yang serba canggih, kompleks serta sofistikated namun adalah cacat sehingga mengancam nyawa pesakit. Rentetan itu, buku ini dihasilkan dengan menganalisis cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi oleh pesakit untuk mendapatkan ganti rugi atau pampasan bagi kecederaan atau kematian akibat kecacatan produk perubatan di Malaysia khususnya di bawah APP 1999. Buku ilmiah berdasarkan penyelidikan ini memaparkan kesukaran pesakit membuktikan jenis kecacatan dan beban pembuktian untuk membuktikan hubungan sebab musabab antara kecacatan produk perubatan dan kecederaan yang dialami yang mana ia memerlukan mahkamah meneliti secara terperinci perihal data-data yang kompleks, keterangan pakar yang bertentangan antara satu sama lain serta bukti saintifik di luar kapasiti pemikiran pengguna. Buku ini berteraskan sumber primer penyelidikan undang-undang iaitu perundangan termasuk perundangan di Thailand dan Jerman serta rujukan pada kes-kes yang telah diputuskan di United Kingdom, Australia dan negara-negara Kesatuan Eropah.

Author: Fahirah Syaliza Mokhtar, Rahmah Ismail

Size (inch): 10 x 7 x 0.3

Pages: 140

Weight (book only): 300 g

ISBN: 9789672939160

Year: 2020

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping