icon-search
icon-search
  • bahan
  • bahan2

Kaunseling Penyalahgunaan Bahan

RM 20.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Penyalahgunaan bahan juga dikenali sebagai salah guna dadah. Penyalahgunaan bahan ialah suatu istilah yang digunakan bagi menggambarkan corak penggunaan sesuatu bahan atau dadah dalam kuantiti yang berlebihan atau dengan kaedah-kaedah yang boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Dadah adalah bahan atau kimia yang amat berbahaya kepada individu kerana ia boleh mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi secara normal. Penyalahgunaan bahan ini juga dikaitkan dengan pola tingkah laku songsang apabila penggunaannya menyebabkan kehidupan individu terganggu dan membuatkan seseorang hilang kawalan diri. Pada kebiasaannya, penggunaan bahan terlarang atau dadah akan mendatangkan perasaan gembira melampau (euphoria) dan akhirnya boleh menyebabkan seseorang itu bergantung pada bahan tersebut (ketagihan). Gejala-gejala ketagihan termasuklah memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini (tolerance), mula menunjukkan gejala kesan sampingan (withdrawal) apabila penggunaannya dihentikan dan menggunakan secara berterusan dan berulang-ulang walaupun mendapat kesan buruk pada diri dan orang lain (compulsive). Buku ini secara umumnya membincangkan faktor, kesan, gejala, sejarah, undang-undang, jenis-jenis dadah, pandangan agama, kaedah rawatan, intervensi relaps, kajian kes, isu dan cabaran tentang penyalahgunaan bahan. Penekanan utama buku ini menjurus kepada kaedah rawatan dan pemulihan dari sudut psikologi dan kaunseling. Buku ini amat sesuai kepada kaunselor, guru, ibu bapa dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam isu penyalahgunaan bahan.


Authors: Mohd Radhi Abu Shahim, Fazliyaton Ramley, Mohd Faizal A Wahab

Pages: 172

Weight (book only): 265g

ISBN:9786297625072

Year: 2023

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping