icon-search
icon-search
  • e0c244b9-f81e-4381-b090-74015c8371cc

Banjir 2014 Di Kelantan Sejarah dan Forensik

RM 81.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Banjir merupakan satu fenomena alam yang berlaku secara berkala setiap tahun di seluruh Malaysia. Namun, bencana banjir yang melanda negara pada masa kini boleh dianggap sebagai suatu kejadian yang huar biasa kerana coraknya yang semakin sukar diramalkan. Hal ini disebabkan oleh perluasan kawasan yang terjejas, yang tidak lagi terbatas kepada negeri-negeri di Pantai Timur seperti pada masa lalu, tetapi telah melibatkan juga negeri-negeri di Pantai Barat.

Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk memberikan maklumat yang komprehensif kepada pembaca, terutamanya para penyelidik, mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian bencana banjir, khususnya di negeri Kelantan. Selain itu, kumpulan Forensik Banjir UMT juga membincangkan impak bencana banjir terhadap mangsa yang terlibat. Beberapa cadangan turut dikemukakan kepada pihak berwajib sebagai langkah proaktif dalam menangani bencana banjir pada masa hadapan.

Kandungan buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat, terutamanya golongan yang terlibat secara langsung dalam pengurusan fenomena banjir, termasuk para pelajar, penyelidik, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta pihak-pihak berkepentingan yang lain. Buku ini diharapkan dapat berfüngsi sebagai sumber rujukan yang berharga dalam merangka formula terbaik bagi menangani bencana banjir di Malaysia, sekali gus memberikan manfaat yang signifikan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.


Authors : Jaharudin Padli Al-Banjari, Hmad Jusoh, Edlic Sathiamurthy

Pages : 220

Weight (book only) : 620 gram

ISBN : 9786297882253

Year : 2026

Finishing : Hardcover, Perfect Binding


We ship worldwide!  

Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.

Your cart is currently empty.
Continue shopping