Modul Keluarga Bebas Dadah: Keluarga Lestari Aspirasi Sihat (KILAT) diterbitkan sebagai panduan kepada pelaksanaan program pencegahan dadah berasaskan keluarga. Sesuai dengan slogan "Pencegahan Bermula dari Rumah”, tanggungjawab mencegah keluarga secara asasnya dimulai oleh ibu bapa sebagai penjaga dan pendidik pertama kepada anak-anak. Perincian aktiviti modul KILAT yang disertakan dengan skrip untuk fasilitator bagi memudahkan lagi penyampaian dan pelaksanaan modul KILAT. Penerbitan modul ini diharapkan dapat menjadi langkah permulaan yang boleh dilaksanakan oleh ibu bapa dan pelaksana program pencegahan dadah sebagai usaha untuk membantu kerajaan amnya untuk membenteras isu penyalahgunaan dadah. Meskipun isu penyalahgunaan dadah memerlukan komitmen komprehensif semua pihak, namun langkah proaktif ibu bapa untuk terlibat dalam program pencegahan penyalahgunaan dadah merupakan satu tindakan dan tanggungjawab yang seharusnya diberikan perhatian penting. Komitmen ibu bapa untuk terlibat dalam program pencegahan penyalahgunaan dadah dilihat sebagai faktor pelindung anak-anak daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah, yang membawa kepada kesejahteraan keluarga. Modul KILAT menawarkan program pencegahan penyalahgunaan dadah melalui aktiviti secara dalam talian dalam aspek Pengetahuan (Dadah), Pengetahuan (Pencegahan Dadah), Keibubapaan, Keterikatan, Komunikasi, Keterlibatan, Duit dan Dadah serta Agama dan Dadah. Justeru, Modul Keluarga Bebas Dadah: Keluarga Bestari Aspirasi Sihat (KILAT) adalah alternatif kepada keluarga khususnya ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak remaja untuk merealisasikan strategi Dadah Terkawal 2025.
Author : Siti Salina Abdullah, Azizah Othman, Nor Hayati Sa'at
ISBN: 9786297625836
Finishing: Softcover, perfect binding
We ship worldwide!
Drop us an e-mail and we’ll provide the best shipping rate straight to your doorstep.