icon-search
icon-search
  • potensi pelancongan.png
  • potensi pelancongan2.png

Potensi Pelancongan Pulau : Strategi Adaptasi Pengurusan Hotel Kesan Perubahan Persekitaran

RM 49.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Buku ini membincangkan tentang potensi pembangunan pelancongan pulau di sebalik cabaran mendepani industri pelancongan akibat perubahan persekitaran seperti perubahan iklim yang melanda seluruh dunia. Umumnya, potensi pelancongan pulau dapat dilihat dari aspek peluang yang dimiliki untuk menyumbang kepada pendapatan negara serta pembangunan industri pelancongan. Secara lebih khusus, peluang dan cabaran daripada perubahan persekitaran memberikan impak yang besar kepada sektor perhotelan dan penginapan yang memerlukan formulasi cara adaptasi yang berkesan agar kesannya dapat diuruskan dengan baik. Keindahan dan keunikan yang ada pada pulau-pulau di Malaysia termasuk Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman menjadi asas perbincangan dalam buku ini. Fokus perbincangan adalah berkaitan pendekatan yang boleh dipertimbangkan oleh pemain industri pelancongan untuk kekal kompetitif dalam pelbagai keadaan. Ia boleh dijadikan panduan kepada entiti berkaitan industri pelancongan terutama pemain industri di pulau-pulau yang lebih terdedah kepada pelbagai cabaran untuk membangunkan strategi yang berkesan bagi memastikan kemandirian (survival) operasi perhotelan dalam tempoh yang panjang.


Authors: Nik Hazimah Nik Mat, Zaharul Nizal Zabidi, Hayatul Safrah Salleh

Size (inch): 

Pages: 90

Weight (book only): 500g

ISBN: 9789672793120

Year: 2022

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping