icon-search
icon-search
  • jiang
  • jiang2

Jiang Huayu Bercakap Mandarin Buku 2

RM 23.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

讲华语 Jiǎng huáyǔ Bercakap Mandarin Buku 2 ini menyediakan pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran dan latihan pengukuhan dalam Kod QR. Pelajar boleh mengimbas kod-kod tersebut untuk mendapatkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai seperti video, audio, imej, laman web dan teks khusus untuk pembelajaran semua topik perbualan yang tersenarai. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan sedemikian bertujuan untuk menyesuaikan gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai. Tujuannya adalah agar pelajar dapat belajar dengan mesra dan sahih. Fokus utama adalah untuk membantu pelajar menguasai sebutan bahasa Mandarin dengan betul. Selain itu, ia bertujuan menyediakan bahan rujukan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Kesimpulannya, buku ini membantu pelajar mengenal dan memahami Hanyu Pinyin, tulisan bahasa Cina/Hanzi dan pelbagai situasi perbualan harian dengan lebih mesra dan berkesan. Pelbagai corak latihan diberikan agar pelajar dapat belajar dengan mudah, seronok dan seterusnya dapat mempraktikkannya dalam kehidupan harian kelak.

Author: Nurul Ain Chua Abdullah

Pages: 148

Weight (book only): 320 g

ISBN: 9789672793519

Year: 2022

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping