icon-search
icon-search
  • perjuangan 1.png
  • perjuangan 2.png

Perjuangan Yang Belum Selesai Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMT: Mendepani Cabaran COVID-19 (1 Ogos 2020 - 30 Jun 2021)

RM 57.60
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Malaysia telah berdepan dengan COVID-19 sejak awal tahun 2020. Kini, pandemik ini telah memasuki tahun kedua dan cabaran yang dihadapi adalah semakin getir dan memberi kesan yang besar kepada pelbagai sektor kehidupan. Pandemik ini turut memberikan kesan kepada aktiviti pembelajaran dan pengajaran serta aktiviti pelajar di UMT. Sejak bulan Mei 2020, majoriti pelajar UMT mengikuti pembelajaran secara dalam talian dari rumah. Namun sebahagian pelajar menghadapi masalah dari segi akses Internet dan suasana persekitaran yang tidak kondusif di rumah justeru pelajar berkeperluan tersebut perlu untuk kembali semula ke kampus.

Buku ini memperihalkan cabaran utama dihadapi oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UMT dalam menghadapi COVID-19 bermula 1 Ogos 2020 hingga 30 Jun 2021. Ia menerangkan kronologi utama proses kemasukan semula pelajar ke UMT serta persediaan dan cabaran yang dihadapi, perkhidmatan utama diberikan oleh HEPA kepada pelajar ketika pandemik serta keterlibatan HEPA dan masyarakat ketika pandemik.

Di samping itu, ia turut memuatkan pelbagai gambar yang dirakam sepanjang tempoh tersebut. Dokumentasi bergambar ini adalah mustahak kerana ia adalah rakaman peristiwa penting untuk rujukan masa akan datang.

Author: Hafiz Zakariya

Size (inch): 8.5 x 8.5 x 0.5

Pages: 146

Weight (book only): 620 g

ISBN: 9789672939818

Year: 2021

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping