• Enjoy FREE SHIPPING with a minimum spend of RM150 (Peninsular Malaysia) Our Books!
icon-search
icon-search
  • tatabahasa.png
  • tatabahasa2.png

Tatabahasa Bahasa Sepanyol

RM 65.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

etiap bahasa mempunyai sistem tatabahasa mereka yang tersendiri. Begitu juga bahasa Sepanyol. Sebagai bahasa yang berasal dari rumpun yang jauh berbeza daripada bahasa kita, sistem bahasa Sepanyol dan bahasa kita juga amat berbeza. Justeru, buku Tatabahasa Bahasa Sepanyol ini dihasilkan dengan tujuan untuk membolehkan pembaca memahami dan mempelajari sistem dan peraturan asas bahasa Sepanyol.

Buku daripada hasil penyelidikan tatabahasa ini mengandungi 16 bab. Setiap bab memfokuskan kepada satu topik tatabahasa yang dikupas secara ringkas dan tuntas. Setiap huraian disertakan dengan contoh-contoh agar pembaca dapat memahami dan menghayati setiap aspek yang dihurai dengan lebih baik. Selain itu, senarai perbendaharan kata juga ditindikkan di hujung setiap bab agar pembaca dapat mengenali dan mempelajari kosa kata-kosa kata asas dan penting dalam bahasa Sepanyol.

Buku Tatabahasa Bahasa Sepanyol ini agak istimewa kerana ia ditulis dalam bahasa Melayu. Justeru, penghasilan dan penulisannya amat mencabar, kerana sistem bahasa Sepanyol dan bahasa Melayu amat jauh berbeza. Peraturan-peraturan tatabahasa yang hanya wujud dalam bahasa Sepanyol amat sukar untuk dijelas dan dihuraikan dalam bahasa Melayu. Bagaimanapun, berpegang kepada pepatah “Hendak seribu daya” maka penghasilan buku ini akhirnya dapat direalisasikan juga dengan jaya.

Semoga ia bermanfaat kepada semua.

Author: Radhiah Ismail

Size (inch): 10 x 7 x 0.3

Pages: 142

Weight (book only): 390 g

ISBN: 9789672939238

Year: 2020

Finishing: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping