icon-search
icon-search
  • terapi kognitif.png
  • terapi kognitif2.png

Penggunaan Terapi Kognitif Tingkah Laku dalam Kaunseling Kelompok Remaja Delinkuen

RM 23.40
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Terapi Kognitif Tingkah laku Dalam Kaunseling Kelompok Remaja Delinkuen bertujuan membantu individu membuat perubahan tingkah laku yang positif melalui pendekatan yang direktif dan bersifat psikopendidikan. Pemikiran melibatkan kepercayaan, penilaian, interpretasi, persepsi, andaian, nilai dan dialog dalaman merupakan aspek penting dalam membentuk emosi dan tindakan yang lebih positif pada diri individu. Peringkat remaja merupakan peringkat peralihan yang penuh dengan cabaran dan proses penyesuaian diri, dan setiap individu mempunyai keunikan identiti. Sokongan emosi, peluang untuk memberi pandangan, rasa dihargai, akan menyumbang kepada penghargaan kendiri yang tinggi, sekaligus membantu remaja dari terjebak dengan tingkahlaku delinkuen. Pengalaman kaunseling kelompok berkaitrapat dengan faktor terapeutik menyediakan peluang kepada remaja delinkuen membentuk pengalaman yang bermakna dan positif. Kaunseling kelompok merupakan satu proses yang efektif dalam mewujudkan proses pembelajaran bersifat interpersonal di mana individu boleh belajar daripada pengalaman yang dilalui dan dikongsi oleh individu lain di dalam sesi kaunseling kelompok. Bersesuaian dengan golongan remaja yang lebih terbuka dengan pengalaman rakan-rakan yang sebaya dengan mereka, penggunaan kaunseling kelompok boleh membantu remaja untuk menyokong di antara satu sama lain dalam masa yang sama mengambil iktibar daripada apa yang telah dilalui oleh rakan-rakan yang bersama di dalam kelompok itu. Terapi Kognitif Tingkah laku merupakan salah satu cara yang berkesan bagi membantu remaja membentuk pengalaman yang bermakna dan positif. Perubahan tingkahlaku dan emosi yang didasari oleh penekanan kepada pemikiran mungkin boleh dijadikan salah satu cara untuk membantu mereka berubah dan mencapai matlamat hidup yang lebih positif.


Pengarang: Siti Salina Abdullah, Raba'Aton Adawiah Mohd Yusoh & Ruhaini Mat Min

Saiz (inci): 7 x 10 x 0.2

Jumlah halaman: 90

Berat: 200g

ISBN: 9789672200178

Tahun: 2018

Kemasan: Softcover, perfect binding

Dear rectoverso.my market place customer, please choose J&T for faster shipping. 

Your cart is currently empty.
Continue shopping